Monday 29 December 2014

Manusia di sekeliling

Tidak tahu samada ini adalah sumpahan atau karma.  Kerana untuk kedua-dua perkataan aku tetap tidak berkenan sangat. Entah kenapa aku sentiasa dikelilingi dengan manusia pelbagai rupa dan kebanyakannya manusia yang aku bertembung itu adalah manusia yang kebanyakkannya menjengkelkan dari pelbagai sudut.

Lazimnya, manusia itu memang ada pelbagai rupa tapi bergelut untuk menyingkap wajah sebenar seseorang itu memang mencabar.

Hari-hari terselit dalam hati, bagaimanakah dia ini? apakah penerimaan dia? fahamkah dia? 
tanda soal dan terus bertanda soal.

Hidup nyata satu perjalanan jauh yang perlahan dan memeritkan. 

Cuma kali ini, aku akan cuba merangkak untuk mencari kebahagiaan, di manapun ia dan dalam apakah jua bentuk nya bahagia itu.

Semoga aku berjaya!