Tuesday 26 November 2013

Hanya Aku


pic

Hari ini aku bangkit dengan seribu macam perasaan
Yang aku kumpul sejak sekian lama

Aku gumpalkan semuanya menjadi satu
yang akhirnya beri aku satu rasa
"basi"

Aku tidak pernah kuat untuk berhadapan dengan kenyataan
Tapi aku terpaksa!

Realiti yang aku punya selalunya pedih
Tapi, Terima Kasih
Kerana bagi aku satu rasa "lali"

Dan sekiranya ada lagi sejuta ranjau yang menghurung aku
Aku mampu untuk terus tidak berkutik, diam kerana lali.

Lalu, setiapkali itu juga aku pujuk hati
"bertahanlah, teruskan bertahan selagi mampu, sampai bila-bila"

Friday 15 November 2013

Mimpi

Tiada seorangpun manusia itu memegang  rahsia mimpi
Yang kadang membawa petanda, amaran, kegembiraan, kelegaan, kelucuan, kejutan malahan sekadar mainan tidur cuma
Namun rahsianya tetap disitu tidak terjangkau oleh manusia. sesiapapun.

Dan pada setiap malam yang aku lalui aku mahukan dua perkara ini dalam mimpiku
" Kelegaan dan Kegembiraan "

Kelegaan yang bisa membujuk amarah menjadi syahdu
Kelegaan yang bisa memberi rasa tenang dan ringan dalam jiwa 
Tanpa perlu menggendong rasa luka dan pahit yang berbondong-bondong

Kegembiraan yang bisa memberi sinar
Kegembiraan yang bisa memberi harapan 
Untuk aku berkhayal meniti kenyataan

Tuhan,
Jangan kau beri aku mimpi yang lebih dari yang dua itu
Aku tidak butuh mimpi yang jelek dan menyakitkan hati dan rasa
Aku cuma mahukan sedikit harapan untuk aku menyimpan Kekuatan
Agar aku masih mampu sedar dan terjaga pada realiti mimpi yang sebenar.