Monday 2 December 2013

sang Rama-Rama

Kalaulah aku diberi pilihan mahu jadi apa?

aku pasti akan memilih untuk menjadi rama-rama, kerana sebelum rama-rama dia adalah seekor ulat yang memakan dedaun, kemudian berhibernasi dalam kepompong lalu keluar sebagai rama-ramai yang sungguh beza fizikal, warna, bentuk hatta baunya sekalipun.

Aku tidak mahu jadi burung yang terbang bebas tapi tetap akan balik kesarangnya semula, yang aku fikir ada ketika burung itu sentiasa kembali kepada sesuatu yang sama tidak berubah malah statik.

Aku juga tidak mahu menjadi ikan di lautan yang bebas berenang tapi akan mati di daratan.

Aku hanya mahu jadi rama-rama, yang indah, cantik dengan warna-warni dan terbang jinak kesini sana menghisap madu. Indah, Aman, Bahagia.




Berilah aku pilihan itu.

Tuesday 26 November 2013

Hanya Aku


pic

Hari ini aku bangkit dengan seribu macam perasaan
Yang aku kumpul sejak sekian lama

Aku gumpalkan semuanya menjadi satu
yang akhirnya beri aku satu rasa
"basi"

Aku tidak pernah kuat untuk berhadapan dengan kenyataan
Tapi aku terpaksa!

Realiti yang aku punya selalunya pedih
Tapi, Terima Kasih
Kerana bagi aku satu rasa "lali"

Dan sekiranya ada lagi sejuta ranjau yang menghurung aku
Aku mampu untuk terus tidak berkutik, diam kerana lali.

Lalu, setiapkali itu juga aku pujuk hati
"bertahanlah, teruskan bertahan selagi mampu, sampai bila-bila"

Friday 15 November 2013

Mimpi

Tiada seorangpun manusia itu memegang  rahsia mimpi
Yang kadang membawa petanda, amaran, kegembiraan, kelegaan, kelucuan, kejutan malahan sekadar mainan tidur cuma
Namun rahsianya tetap disitu tidak terjangkau oleh manusia. sesiapapun.

Dan pada setiap malam yang aku lalui aku mahukan dua perkara ini dalam mimpiku
" Kelegaan dan Kegembiraan "

Kelegaan yang bisa membujuk amarah menjadi syahdu
Kelegaan yang bisa memberi rasa tenang dan ringan dalam jiwa 
Tanpa perlu menggendong rasa luka dan pahit yang berbondong-bondong

Kegembiraan yang bisa memberi sinar
Kegembiraan yang bisa memberi harapan 
Untuk aku berkhayal meniti kenyataan

Tuhan,
Jangan kau beri aku mimpi yang lebih dari yang dua itu
Aku tidak butuh mimpi yang jelek dan menyakitkan hati dan rasa
Aku cuma mahukan sedikit harapan untuk aku menyimpan Kekuatan
Agar aku masih mampu sedar dan terjaga pada realiti mimpi yang sebenar.



Tuesday 1 October 2013

Bahagia

Itu hanyalah dengan diriku
Aku tahu aku tidak perlu kamu untuk merasai bahagia
Cuma aku mahukan kamu sebagai tempat berpaut
Untuk ku sangkutkan nilai kebahagiaan yang aku punya
Sedikit mana pun ia, Sekecil mana pun nilainya.

Mungkin kamu fikir, kamulah pembawa bahagiaku.
Bukan,
Kamu itu hanyalah perasa yang memberi rasa bahagia dalam hidupku
Kamu hanyalah pewarna yang memberi corak bahagia dalam jiwaku

Hakikatnya,
Bahagia ku adalah milikku seorang
Datang dari jiwaku, jika dipupuk
Terbit dari hatiku, jika dipalu

Ku peringatkan kepada kamu :

Kamu hanyalah alasan untuk  KEBAHAGIAAN ku
ALASAN terbaik yang aku sedang punya.


Thursday 1 August 2013

Kembaliku kepada-Nya

Aku kenal Tuhanku
tapi tidak pernah punya jiwa dengan-Nya
aku punya Allahku
tapi tidak pernah mendekat dengan-Nya

Lalu,
aku jatuh dan musibah mengilisku
jiwaku hancur, hatiku luluh
jasadku hampir lebur
aku menangis, merangkak-tergapai-gapai
mencari dahan berpaut
tapi yang dihulur semuanya rapuh lalu patah

Aku berkalih, kiri-kanan
aku mengengsot, atas-bawah
mencari kekuatan, luar-dalam

kemudian, saat aku menangisi tragedi
meraung pada kejadian
ku temui Dia, dalam setiap doa
ku temui jiwaku dengan-Nya
ku rasa hampirnya Dia padaku
tidak pernah Dia menjauh
malah sentiasa melihatku

Aku kembali
melutut pada-Nya, mengadu domba pada-Nya
yang satu

ketika ini, ketika Dia bersamaku
damaiku semakin tenang, dan aku juga masih dalam
perjalanan... journey untuk mencari sakinah-Nya
bukan pada siapa-siapa, bukan dimana-mana
tapi hanya dalam hatiku

Allah Murrabi. Dia yang satu.

Tuesday 4 June 2013

perasaan

Aku mengerti, manusia ini datang dari pelbagai variasi. Ada yang dengan mudah boleh mengerti nilai satu perasaan tapi ada juga bangsa manusia yang keras dan buta sampai kering hati untuk menilai satu rasa.

jadi, siapapun mereka...
Terimalah, seadanya!


Wednesday 22 May 2013

memori

Semua pun arif, ada sisi diri kita yang kita tidak mahu kenang.
tidak mahu ingat. tidak mahu terlintas di fikiran.
tapi memori lama, sekecil manapun tetap jadi kenangan.
mahu lari tidak boleh, mahu buat-buat lupa tidak mampu
mahu padamkan tidak mungkin.

Diam-diamlah disitu memoriku
di sudut paling gelap pada diriku yang tidak mampu kelihatan oleh sesiapa
biar saja aku simpan, lipat kemas-kemas
jangan ada yang terhidu

Biarlah, memoriku
kau bawalah sisi hitamku pergi
kau genggamlah sisi gelapku kejap-kejap
jangan terburai, memuntahkan rahsia memori pahit itu.

bersemadilah kau disana memoriku!


Monday 13 May 2013

nilai satu trust

bukan kecil!
bukan mudah!
bukan enteng!

bila kau buat perasaan orang koyak-rabak. kau ingat mudah ke kau ambik dan cantum balik, sempurna macam sebelumnya?

Masa kau buat hal, kau tak fikir perasaan orang, bila berantakan kau mengharap di beri peluang, bukan semua orang mampu memberi peluang kedua dan tidak semua perkara ada peluang kedua, kau tahu tak?

Kali ini, kalau bagi peluang sekalipun ruangnya sudah tidak sama macam sebelum.
Keadaan memang dah berubah tiga ratus enam puluh darjah, tak sama dan takkan pernah sama macam dulu dah.

Kalau sekali lagi kau silap langkah, mudah je. Kalau kau tak nak blah, aku akan paksa kau blah jugak!
kemudian lepas tu kita jadi 'kosong' - tidak pernah kenal, tidak pernah tahu, tidak pernah ada apa-apa dan tidak pernah punya apa-apa (dunia-akhirat) !!


Sunday 5 May 2013

My lost & my afraid

i lost my confidence and i am feeling down to myself.
i'm AFRAID that i can't trust myself to love you back as before anymore.

Saturday 4 May 2013

Edensor-Andrea Hirata

Menerima kehidupan bererti menerima kenyataan bahawa tidak ada hal sekecil apa pun yang terjadi kerana secara kebetulan.

Monday 29 April 2013

Ujian

kalau kamu fikir kamu telah diuji sehebat badai
ingatlah, ada manusia lain lagi yang telah diuji laksana taufan
berpusing-pusing, berantakan dan berserakan.
sampai jatuh layu, terjelopok tanpa kata

kalau kamu fikir segala bebanan dunia hanya pada pundakmu seorang
sedarlah, ujian untuk manusia lain lagi maha hebatnya
sampai dia tidak mampu mengeluh apa
berserah pada takdir yang kejam

kalau kamu fikir, air matamu seorang yang paling pedih
ketahuilah, beribu lagi mereka di belakangmu
meratap dengan air mata darah penuh luka

teruslah menangis
teruslah meratap
tapi jangan engkau pernah berhenti berjuang untuk hidupmu. mencari bahagia.

Thursday 25 April 2013

Gambar itu (yang aku koyak rabak)

Gambar itu
aku koyak jadi picisan kecil
tanda aku benar marah padanya
kau kutip balik dan simpan

konon untuk cantum kembali
supaya kenangan itu kembali

Gambar itu
ada nilai benci pada aku
mahuku ludah saja
ibarat dia tahu akan marahku padanya

biar kau juga tahu
hati aku sebal pada dia dan juga kamu

Gambar itu
janganlah sampai dia muncul menyelit
jadi tahi dalam hidupku
sampai bila-bila!


Wednesday 24 April 2013

tangisku

tangisku
untuk kesekian kalinya
airmata yang mengalir itu
rasa pedih dan perih

tangisku
kali ini lirih sungguh rasanya
sayu benar bunyinya

tangisku
kalaulah kamu tahu
aku menangis kerana ulahmu
yang sayat menyakitiku
mencarik hatiku
sampai jadi lumat

tangisku
kenapa perlu kamu sakiti aku sebegini
tidakkah ada simpatimu padaku
biar sesuku?

tangisku
pergilah jauh-jauh jika itu kata hatimu
aku tetap tidak mampu menghalang
kerana hatimu bukan milikku
hanya aku perlu rela dan redha


khabarkan kepadaku tangisku
apa hendaknya hatimu sekarang?

Monday 15 April 2013

susahnya untuk aku percaya kamu


ku pujuk hati
yang selalu merajuk

ku pujuk jiwa
yang selalu sayat

semua kerana kamu.
kerana aku sayang kamu

tapi,
tiap kali itu juga
hati ini dikhianati

susah sungguh aku mahu percaya pada kamu
lalu bagaimana pula hati aku mahu terus sayang

sedang itu pintamu setiap kali

sudahlah,
kali ini aku biar
aku mahu tengok sampai bila
hati boleh terpujuk
samada dengan rayu-mu
atau diri ku memujuk hati-ku sendiri

dalam hati:
aku harap hatiku semakin keras untukmu
supaya aku tidak perlu tertipu untuk terus percaya padamu.


Friday 12 April 2013

manusia - bezanya tiada

kau tu manusia biasa saja
jangan kau fikir kau lagi bagus. malu tau!
jangan kau ingat kau serba hebat. tidak pernah begitu

kau sama orang lain sama sahaja nilainya
tanah hitam-legam-busuk
yang dibentuk menjadi kamu
dan ditiup nyawa menjadi manusia
punya mata, punya rasa, punya jiwa

jadi jangan kau angkuh
jangan kau riak - sombong

kalau kau masih lagi manusia ciptaan Yang Esa
kau dan orang lain tetap saja
tiada bezanya.




Thursday 11 April 2013

jiwa letih

salam blog,

lama benar aku tidak disini
lama sungguh tidak menjenguk skandal hati

bukan lupa
tapi mungkin kerana jiwa sudah letih
jadi dia mahu sendiri
seketika

biarlah,
berilah dia masa sedikit waktu
berilah dia ruang sepicis masa

dia butuh semua itu

dia itu Aku.