Showing posts with label picisan jiwa. Show all posts
Showing posts with label picisan jiwa. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Mimpi

Tiada seorangpun manusia itu memegang  rahsia mimpi
Yang kadang membawa petanda, amaran, kegembiraan, kelegaan, kelucuan, kejutan malahan sekadar mainan tidur cuma
Namun rahsianya tetap disitu tidak terjangkau oleh manusia. sesiapapun.

Dan pada setiap malam yang aku lalui aku mahukan dua perkara ini dalam mimpiku
" Kelegaan dan Kegembiraan "

Kelegaan yang bisa membujuk amarah menjadi syahdu
Kelegaan yang bisa memberi rasa tenang dan ringan dalam jiwa 
Tanpa perlu menggendong rasa luka dan pahit yang berbondong-bondong

Kegembiraan yang bisa memberi sinar
Kegembiraan yang bisa memberi harapan 
Untuk aku berkhayal meniti kenyataan

Tuhan,
Jangan kau beri aku mimpi yang lebih dari yang dua itu
Aku tidak butuh mimpi yang jelek dan menyakitkan hati dan rasa
Aku cuma mahukan sedikit harapan untuk aku menyimpan Kekuatan
Agar aku masih mampu sedar dan terjaga pada realiti mimpi yang sebenar.



Wednesday, 22 May 2013

memori

Semua pun arif, ada sisi diri kita yang kita tidak mahu kenang.
tidak mahu ingat. tidak mahu terlintas di fikiran.
tapi memori lama, sekecil manapun tetap jadi kenangan.
mahu lari tidak boleh, mahu buat-buat lupa tidak mampu
mahu padamkan tidak mungkin.

Diam-diamlah disitu memoriku
di sudut paling gelap pada diriku yang tidak mampu kelihatan oleh sesiapa
biar saja aku simpan, lipat kemas-kemas
jangan ada yang terhidu

Biarlah, memoriku
kau bawalah sisi hitamku pergi
kau genggamlah sisi gelapku kejap-kejap
jangan terburai, memuntahkan rahsia memori pahit itu.

bersemadilah kau disana memoriku!


Monday, 15 April 2013

susahnya untuk aku percaya kamu


ku pujuk hati
yang selalu merajuk

ku pujuk jiwa
yang selalu sayat

semua kerana kamu.
kerana aku sayang kamu

tapi,
tiap kali itu juga
hati ini dikhianati

susah sungguh aku mahu percaya pada kamu
lalu bagaimana pula hati aku mahu terus sayang

sedang itu pintamu setiap kali

sudahlah,
kali ini aku biar
aku mahu tengok sampai bila
hati boleh terpujuk
samada dengan rayu-mu
atau diri ku memujuk hati-ku sendiri

dalam hati:
aku harap hatiku semakin keras untukmu
supaya aku tidak perlu tertipu untuk terus percaya padamu.


Thursday, 11 April 2013

jiwa letih

salam blog,

lama benar aku tidak disini
lama sungguh tidak menjenguk skandal hati

bukan lupa
tapi mungkin kerana jiwa sudah letih
jadi dia mahu sendiri
seketika

biarlah,
berilah dia masa sedikit waktu
berilah dia ruang sepicis masa

dia butuh semua itu

dia itu Aku.

Friday, 1 June 2012

lagu jiwa

Aku mahu berlagu sendiri
mengalun ritma jiwa
mendendang lagu jiwa

aku ingin bernyanyi
menyanyi lagu hati
bersiul rasa hati
agar hilang rasa sangsi

Thursday, 19 April 2012

skandal jiwa

Tanpa mulut, hati juga mahu bicara
tanpa sempadan, tanpa halangan