Hidup ini tidaklah sesukar mana.
Samada baik atau buruk, aku percaya kedua-duanya adalah dari keberhasilan setiap keputusan yang kita buat.
Yang biasanya tidak terjangka tapi selalunya kita tahu akibatnya apa.
Dan kemudian setelah itu makan timbullah penyesalan
Dan yang ini sebenarnya lah apa yang akan menjadikan diri kita itu siapa.
samada, membuat turning point untuk membetulkan apa yang tidak betul atau meneruskan apa yang tidak betul to always being wrong.
it is merely a self-choice actually.
Monday, 18 August 2014
Wednesday, 4 June 2014
musuhnya-aku!
Aku tidak pernah habis fikir
Kenapa kau layan aku sebagai musuhmu?
Aku tidak habis hairan
Kenapa kau dendam dengan aku sangat-sangat?
Aku sudah mencuba untuk mengelak sengketa
Aku hampir semput mengelak konflik
Tapi bila sahaja kau bereaksi
Segalanya akan jadi seperti gempa
Hancur lebur sana-sini
Aku hairan,
Busuk sangatkah aku untuk kau jadikan seteru?
Buruk sangatkah aku untuk kau jadikan musuh?
Kita hidup dalam satu gelung bersama
Yang sepatutnya tidak ada General atau Field Marshall
Yang sepatutnya hanya ada kau dan aku - bersama-sama
Tapi, nampaknya kita semakin gagalis
Kebersamaan itu sudah makin menghindar
Dan kita sendiri sudah semakin tawar dan hambar
Aku sudah habis daya, sudah habis berusaha
Kali ini aku angat dua tangan keatas - mengalah!
Dan kalaulah kali ini ada kemaafan
Hatiku pasti sudah nihil - MATI
Monday, 2 December 2013
sang Rama-Rama
Kalaulah aku diberi pilihan mahu jadi apa?
aku pasti akan memilih untuk menjadi rama-rama, kerana sebelum rama-rama dia adalah seekor ulat yang memakan dedaun, kemudian berhibernasi dalam kepompong lalu keluar sebagai rama-ramai yang sungguh beza fizikal, warna, bentuk hatta baunya sekalipun.
Aku tidak mahu jadi burung yang terbang bebas tapi tetap akan balik kesarangnya semula, yang aku fikir ada ketika burung itu sentiasa kembali kepada sesuatu yang sama tidak berubah malah statik.
Aku juga tidak mahu menjadi ikan di lautan yang bebas berenang tapi akan mati di daratan.
Aku hanya mahu jadi rama-rama, yang indah, cantik dengan warna-warni dan terbang jinak kesini sana menghisap madu. Indah, Aman, Bahagia.
Berilah aku pilihan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

