Wednesday, 4 June 2014

musuhnya-aku!

Aku tidak pernah habis fikir
Kenapa kau layan aku sebagai musuhmu?
Aku tidak habis hairan
Kenapa kau dendam dengan aku sangat-sangat?

Aku sudah mencuba untuk mengelak sengketa
Aku hampir semput mengelak konflik
Tapi bila sahaja kau bereaksi
Segalanya akan jadi seperti gempa
Hancur lebur sana-sini

Aku hairan,
Busuk sangatkah aku untuk kau jadikan seteru?
Buruk sangatkah aku untuk kau jadikan musuh?

Kita hidup dalam satu gelung bersama
Yang sepatutnya tidak ada General atau Field Marshall
Yang sepatutnya hanya ada kau dan aku - bersama-sama

Tapi, nampaknya kita semakin gagalis
Kebersamaan itu sudah makin menghindar
Dan kita sendiri sudah semakin tawar dan hambar

Aku sudah habis daya, sudah habis berusaha
Kali ini aku angat dua tangan keatas - mengalah!
Dan kalaulah kali ini ada kemaafan
Hatiku pasti sudah nihil - MATI


Monday, 2 December 2013

sang Rama-Rama

Kalaulah aku diberi pilihan mahu jadi apa?

aku pasti akan memilih untuk menjadi rama-rama, kerana sebelum rama-rama dia adalah seekor ulat yang memakan dedaun, kemudian berhibernasi dalam kepompong lalu keluar sebagai rama-ramai yang sungguh beza fizikal, warna, bentuk hatta baunya sekalipun.

Aku tidak mahu jadi burung yang terbang bebas tapi tetap akan balik kesarangnya semula, yang aku fikir ada ketika burung itu sentiasa kembali kepada sesuatu yang sama tidak berubah malah statik.

Aku juga tidak mahu menjadi ikan di lautan yang bebas berenang tapi akan mati di daratan.

Aku hanya mahu jadi rama-rama, yang indah, cantik dengan warna-warni dan terbang jinak kesini sana menghisap madu. Indah, Aman, Bahagia.




Berilah aku pilihan itu.

Tuesday, 26 November 2013

Hanya Aku


pic

Hari ini aku bangkit dengan seribu macam perasaan
Yang aku kumpul sejak sekian lama

Aku gumpalkan semuanya menjadi satu
yang akhirnya beri aku satu rasa
"basi"

Aku tidak pernah kuat untuk berhadapan dengan kenyataan
Tapi aku terpaksa!

Realiti yang aku punya selalunya pedih
Tapi, Terima Kasih
Kerana bagi aku satu rasa "lali"

Dan sekiranya ada lagi sejuta ranjau yang menghurung aku
Aku mampu untuk terus tidak berkutik, diam kerana lali.

Lalu, setiapkali itu juga aku pujuk hati
"bertahanlah, teruskan bertahan selagi mampu, sampai bila-bila"